PULAU PINANG 16 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man menegaskan keputusan Pas Kawasan Permatang Pauh memutuskan hubungan dengannya tidak memberi sebarang kesan terhadap beliau.
Ini kerana menurut Mohd. Salleh, hubungan beliau dengan Pas negeri dan Pas Pusat masih baik dan berjalan seperti biasa.
Katanya, walaupun ‘ditolak’ Pas kawasannya sendiri, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa selaku wakil rakyat di Permatang Pasir.
“Saya masih ADUN Pas dan ahli Pas seumur hidup, begitupun, saya menyokong DAP yang mentadbir negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu hari ini menjadi buruan media susulan kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan malam tadi yang memutuskan hubungan dengannya kerana secara terbuka menyokong DAP.
Ditanya tentang keputusannya yang masih ahli Pas tetapi menyokong DAP meskipun kedua-dua parti itu tidak lagi mempunyai hubungan, Mohd. Salleh berkata, perkara berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat.
“Doakan yang terbaik untuk saya dan saya akan terus bangkitkan isu rakyat,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-adun-pas-tetapi-8232-sokong-dap-8211-mohd-salleh-1.159227#sthash.ojDxQwLa.dpuf

No comments:
Post a Comment