Dari Sarawakiana;
KUCHING: Seorang wanita sedang disoalsiasat polis kerana mempamirkan pelekat #TangkapNajib dicermin belakang kenderaan yang dipercayai milik beliau.
Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Ahmad Bek ketika dihubungi pemberita sebentar tadi mengesahkan yang pihaknya sedang menyiasat wanita yang berusia 31-tahun tersebut.
"Lebih kurang jam 3 petang semalam, sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakan di tepi jalan."
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat perkataan #TangkapNajib berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut," katanya sambil menambah,hasil semakan lanjut mendapati pemilik kenderaan tersebut adalah wanita.
Menjelaskan, pemilik kenderaan tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan polis, Roslan menambah, kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan).
"Sekiranya didapati bersalah, si pesalah boleh dihukum penjara sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya lagi sambil menasihati, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana orang yang melanggar peraturan ini.
"Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpamanya dimana-mana bahagian kenderaan," tegas Roslan lagi.
No comments:
Post a Comment