KUALA LUMPUR 12 Ogos - Penyusutan kadar mata wang negara kini mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat terutama pengguna alam maya dengan berkongsi status masing-masing.
Kadar tukaran Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika (USD) kini mencecah RM4 kepada 1USD, nilai paling menyusut sejak krisis kewangan pada 1998.
Memetik sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Malay Mail Online hari ini, rentetan demi rentetan status menyalahkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) diatas berlakunya perkara seumpama ini seolah-olah negara kini musnah akibat daripada 'tangan-tangan' politik kerajaan.
"Bulan lalu sahaja, saya melihat rakyat Malaysia bertransformasi dari menjadi pakar perlembagaan kepada pakar penerbangan dan kini pakar kewangan.
"Ada diantara mereka menyalahkan UMNO dan Najib.
"Wujud sebuah kumpulan yang dipanggil Suara Rakyat yang mendakwa negara lain lebih baik kerana UMNO tidak berada di negara tersebut," kata surat tersebut.
Keterujaan rakyat 'marhaen' mengeksploitasi sesuatu isu tanpa merujuk fakta jelas mahupun tepat sekaligus menafikan perkara sebenar yang berlaku dalam ekonomi dunia.
Kebutaan maklumat ini menunjukkan mereka-mereka yang menyalahkan kerajaan tidak tahu isu sebenar bahawa kejatuhan nilai mata wang tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi segenap pelusuk dunia.
Mata wang Russia menjunam 114%, Rupiah Indonesia (51%), Rupee India (38%) dan Krone Norway (37%) dimana kesemua ini bersandarkan kepada USD.
Juga Dolar Australia, Euro dan Bhat Thailand masing-masing turun 24%, 20% dan 10%.
Dan puncanya adalah jelas dimana kejatuhan harga pasaran minyak mentah kepada 70USD-80USD setong sejak beberapa tahun lalu.
Walaubagaimanapun, rakyat tempatan tidak terlalu terjejas selagimana makanan, pakaian dan tempat tinggal di Malaysia tidak dibayar menggunakan USD.
Kesemua pakar unjuran ekonomi dunia tidak menjangkakan kejatuhan ekonomi negara jauh sekali muflis.
Dan Moody, Fitch serta S&P juga mengunjurkan ekonomi negara dalam keadaan stabil
Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebagai Menteri Kewangan, Najib juga telah berusaha untuk tidak merudumkan mata wang sepertimana yang berlaku pada era Datuk Seri Anwar Ibrahim - RM4.80 bagi setiap 1 USD.

No comments:
Post a Comment