Sunday 23 August 2015

Laporan Polis DAP : Aziz Kaprawi Akan Tarik Semula Kenyataan? @AKaprawi


Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menlahirkan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh TImbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang mendakwa bahawa DAP telah dibiayai Yahudi pada PRU13.

http://www.astroawani.com/berita-politik/derma-rm2-6-bilion-bantu-umno-lawan-pengaruh-dap-yahudi-70840

Lim Guan Eng melalui akaun facebook dan twitter miliknya mengesahkan bahawa satu laporan polis akan dibuat bagi mendesak satu tindakan dilakukan terhadap Datuk Aziz Kaprawi berhubung kenyataan itu.

http://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2015/08/23/21612/

Mungkin dengan gertakan yang dibuat, Lim Guan Eng amat berharap Datuk Aziz Kaprawi akan menutup mulut dan berhenti dari menyatakan kebenaran. Namun segalanya meleset sama sekali apabila Datuk Aziz Kaprawi ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Batu Kawan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa perlu ada usaha berterusan untuk mengekang kemaraan DAP.

Melalui status halaman facebook miliknya, Datuk Aziz Kaprawi menulis seperti berikut sekalipun digertak dengan laporan polis oleh Lim Guan Eng;


Merasmikan Peridangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan. Di sini sekali lagi saya menegaskan perlunya usaha...
Posted by Aziz Kaprawi on Saturday, August 22, 2015


Dengan kelantangan yang ditampilkan, Penangkini amat yakin bahawa apa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Datuk Aziz Kaprawi berhubung pembiayaan Yahudi terhadap DAP ada asasnya. Jika tidak ada bukti yang kukuh, mana mungkin beliau masih berani untuk menyatakannya selepas digertak sebegitu rupa.

1 comment:

  1. Ya Aziz, berani kerana benar. DAP patut bentangkan akaun politiknya kepada rakyat bagi mengetahui sumber dana yg diperlehi.

    ReplyDelete