Friday, 10 July 2015

Penipuan Wall Street Journal Dibongkar


Kita tahu kebanyakan masyarakat tak suka membaca perkara-perkara teknikal, artikel artikel yang memerlukan mereka berfikir. Sebab itu, blog gosip lebih laris daripada paparan fakta seperti penjelasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sarat dengan perincian fakta dengan bukti sahih.

Hakikat tidak dapat dinafikan.

Saya dimaklumkan editor portal berita ini, melalui eksperimen dijalankan, jumlah klik bagi artikel yang dimuatnaik rendah berbanding satu video tindakan seorang lelaki memperlekeh tindakan polis membuat sekatan jalan. Kita malas untuk membaca sebenarnya. Kita lebih gemar mendengar cerita orang, tak kira sahih atau tidak, soal kedua. Kita tak mahu membaca.

Apa yang akan saya nukilkan di bawah ini adalah mengenai penelitian terperinci saya terhadap dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Apa yang menariknya dan menjadi bahan ketawa, sebagai sebuah organisasi media antarabangsa, tidak memeriksa secara terperinci sebelum menyiarkan dokumen kononnya melibatkan Perdana Menteri.

Jika benar wartawan WSJ melakukan ‘investigative reporting’ ia sangat memalukan kerana tiga perkara utama tidak diperiksa dan disahihkan sebelum disiarkan. Inilah ‘investigative reporting’ paling memalukan kerana tidak memeriksa sama ada sumber mereka memiliki kredibiliti atau tidak dan memeriksa kesahihahan dokumen.

Banyak sebenarnya mahu dipersoalkan tetapi cukuplah tiga soalan untuk WSJ sebagai lanjutan penyiaran dokumen di capaian berikut:


RENDAHNYA kualiti wartawan, editor, sub editor WSJ, apabila nama Perdana Menteri pun tidak boleh dieja dengan betul.


SOALAN PERTAMA:
Di manakah bukti dokumentasi yang boleh dan dapat mengesahkan nombor akaun yang dicatatkan pada dokumen disiarkan WSJ itu milik Perdana Menteri.
Nama Najib ‘Rajak’ ditulis oleh wartawan terbabit dan disunting oleh editor. Bagaimana mereka mengesahkannya? Mereka menulis di pemindahan wang, tetapi puas kami mencari, selain foto di bawah, di mana-mana dokumen disiarkan langsung tiada nama Najib Rajak mahupun Najib Razak.


Diagram yang yang dimuatnaik kononnya bagi menjelaskan bagaimana wang disalurkan tidak relevan sebabnya, ia dibuat oleh seseorang tanpa pengesahan atau dengan kefahaman lebih mudah, ia tidak dibuat oleh sumber sahih, sumber rasmi seperti pihak polis dan sebagainya. Di mana kredibiliti diagram ini?
Sesiapa pun boleh membuat diagram seperti itu. Jika saya meminta pelajar sekolah rendah pun boleh membuatnya dengan arahan jelas apa yang perlu mereka lakukan, hanya untuk memperkuatkan dakwaan mereka.


Surat yang dikeluarkan langsung tidak merujuk kepada Najib ‘Rajak’ atau Najib Razak dalam apa jua keadaan sekalipun.
Yang kita tahu, ia merujuk kepada seseorang yang tidak mempunyai bunyi, tonasi mahupun ejaan sama dengan Najib Rajak atau Najib Razak. Apapun, siapa Najib Rajak? Meragukan.
Bagaimana mereka bersungguh-sungguh dengan dakwaan mereka walhal mereka sendiri yakin tiada nama Najib Rajak mahupun Najib Razak dalam mana-mana dokumen disiarkan mereka?

SOALAN KEDUA:
Mengapa alamat Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) dinyatakan dalam pesanan SWIFT berbeza daripada alamat sebenar mereka. Pada dokumen SWIFT dimuatnaik WSJ alamatnya dicatatkan ialah 375 Park Avenue, NY 4080 New York, NY US.


Saya menggunakan Google Map dan memilih Google Street View dan terkejut dengan penemuan ini. Mungkin foto ini dapat menggambarkan betapa rendahnya kualiti kewartawanan WSJ.


MENYAMAR.. Akibat terlalu mahu memperdaya, menipu pembaca, wartawan WSJ terpaksa menyamar ke alamat yang salah walaupun alamat sebenar bukan di sini. Anak panah kecil menunjukkan wartawan WSJ. Mereka tidak pernah mendengar google map.


Pengesahan paling mudah sepatutnya dilakukan WSJ bagi mengelak penipuan mereka dikesan ialah menggunakan google. Melainkan akaun internet mereka disekat kerana tidak menjelaskan bil bulanan. Saya syak bil tertunggak.
Dan apabila carian dilakukan, Wells Fargo Bank N.A (New York International Bank) terletak di 11, Penn Plaza, 4th Floor, New York, New York 10001. Pengesahan alamat ini boleh dilakukan di capaian ini. (http://www.banklocationslist.com/wells-fargo-bank/new-york-ny/branch.24723.html).

Kita imbau kembali:

Sebenarnya, jika wartawan WSJ tidak mempunyai akses Internet, mereka boleh berjalan ke 11 Penn Plaza yang terletak kira-kira 31 minit daripada 375 Park Avenue.


Pemeriksaan di alamat disiarkan WSJ ialah sebuah syarikat yang bunyinya hampir sama tetapi tidak sama fungsi serta operasi perniagaan mereka.
Ia menempatkan Wells Fargo Advisor. Sebuah syarikat BUKAN perbankan berkait dengan Wells Fargo & Company.


Lihat pada alamat tertera. Ia diperolehi daripada laman web Wells Fargo Advisor.
Lihat juga alamat sebenar syarikat ini. Dua penipuan dikesan dilakukan WSJ.


Lihat pada poskod yang ditampal pada dokumen WSJ. Mereka perlukan buku poskod bagi mengelak penipuan dikesan. Sekali lagi, ini adalah ‘investigative reporting’ paling bodoh dan memalukan.
Bagaimana WSJ boleh menaruh kepercayaan kepada dokumen itu semata-mata tanpa memeriksa kesahihannya? Adakah terlalu jauh untuk wartawan WSJ memeriksa sama ada benar atau tidak, terdapat sebuah bank bernama Wells Fargo Bank di 375 Park Avenue?


Menarik bukan? Ia terletak hanya kira-kira 12 minit berjalan kaki dan editorial WSJ mempercayai bulat-bulat dan bersungguh-sungguh, bank dicatatkan dalam mesej SWIFT itu wujud di alamat itu. Bodoh bukan? Dan memalukan.
Tidak pelik bagi sebuah organisasi media pada hari ini yang bersandarkan dokumen semata-mata tanpa memeriksa kesahihan walhal alamat yang ditampal pada dokumen SWIFT itu hanya 12 minit perjalanan berjalan kaki. Jika berlari, mungkin boleh tiba di bangunan itu 5 minit sahaja.
Bagi mencari lagi kebenaran akan kemungkinan terdapat sebuah bank bernama Wells Fargo di alamat 375 Park Avenue, saya mencari lagi maklumat.


Alamak, memang wujud bank Wells Fargo di alamat ini. WSJ mesti gembira. Tetapi, nanti dahulu. Jangan bersorak dahulu. Lihat pada poskod.



Senarai alamat kod SWIFT boleh dibaca tanpa sebarang bayaran di capaian berikut: http://www.swift-code.com/m/united-states/swift-code-pnbpus3nnyc.html.
Berdasarkan pengalaman, penipu akan cuba memperdaya dengan kesilapan paling minimum sama ada dalam sedar atau tidak disedari, dan sesiapa yang membacanya pertama kali tidak akan menyedari penipuan ini.

SOALAN KETIGA:
Mengapa kod SWIFT yang dicetak pada dokumen WSJ tidak betul? Kita lihat sekali lagi foto yang sama tetapi kali ini, tumpukan kepada kod SWIFT atau SWIFT Code.
Dokumen dimuatnaik WSJ papar kod SWIFT: PNBPUS3NANYC.
Kod sebenar Wells Fargo: PNBPUS3NNYC.

(jika dilihat sekali imbas, tiada sesiapa akan sedar, penipu hanya memadam satu huruf iaitu ‘A’ pada NANYC menjadi NNYC).


Bagaimanapun, apa yang tidak disahkan WSJ ialah, kod SWIFT yang digunakan dalam dokumen penipuan ini sebenarnya milik Alfa-Bank Moscow.



TERKINI 9 JULAI: Selepas pemeriksaan lanjut, kod SWIFT yang dikatakan milik Alfa-Bank Moscow adalah satu kesilapan, di mana ia sebenarnya milik WACHOVIA BANK NY INTERNATIONAL BRANCH, New York menggunakan alamat ‘4th Floor, 11 Penn Plaza, New York 10001 USA.’ Bank ini menukar nama kepada Wells Fargo Bank N.A (New York International Branch) selepas 2008 lanjutan penggabungan Wachovia dan Wells Fargo.

Terdapat dua Wells Fargo Bank N.A (New York International Bank) di dua alamat berbeza di New York.
Satu di 4th Floor, 11 Penn Plaza New York (kod SWIFT PNBPUS3NANY) 
Satu lagi di 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152 (kod SWIFT CodePNBPUS3NNY).


Sangat memalukan apabila sebuah organisasi media yang besar seumpama ini hanya bergantung kepada dokumen kononnya diperolehi daripada sumber mereka tanpa memeriksa kesahihannya.
Bagai memperbodohkan diri, portal yang kononnya mengamalkan keseimbangan (dibaca: tidak pernah sebenarnya), seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider memetik laporan itu tanpa membuat kerja iaitu memeriksa kredibiliti, membuat pengesahan seperti seorang wartawan. Jika mereka mempunyai wartawan.

Hari ini sesiapa pun boleh mengaku diri mereka wartawan.

-SUMBER

No comments:

Post a Comment