Serangan terbaru oleh Sarawak Report yang mendakwa sebilangan wang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dijadikan senjata bagi sesetengah pihak berkepentingan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.
Namun begitu, berdasarkan dokumentasi yang diberikan, tidak dinafikan bahawa nombor akaun yang dipaparkan adalah merujuk kepada penama Rosmah Binti Mansor. Tetapi sekiranya pengamatan dilakukan dengan teliti, dokumentasi itu boleh dipertikaikan kerana nombor kad pengenalan yang tertera tidak merujuk kepada isteri Perdana Menteri itu.
Berdasarkan semakan yang dilakukan terhadap nombor kad pengenalan A4200637 melalui halaman spr.gov.my, didapati rekod pemiliknya tidak dapat dikesan (lihat lampiran di bawah);
Jika diamati, nombor kad pengenalan yang bermula dengan 'A' hanya mula digunapakai bagi mereka yang dilahirkan pada awal 1970'an, mana mungkin isteri Perdana Menteri menggunakan kad pengenalan dengan awalan 'A' kerana beliau dilahirkan pada tahun 1951.
Kalaupun benar, apakah Sarawak Report boleh membuktikan transaksi yang berlaku itu adalah benar?
Kalaupun benar, apakah Sarawak Report boleh membuktikan transaksi yang berlaku itu adalah benar?
Apakah lagi agaknya pembohongan dan fitnah yang akan dimainkan selepas ini oleh Sarawak Report bagi menutup agenda jahat yang dibawakan mereka?
No comments:
Post a Comment