Thursday 13 January 2022

Boleh guna jantung babi dalam keadaan terdesak - Mufti Pulau Pinang

 


Pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik ke dalam tubuh manusia dibolehkan dalam Islam jika dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain.

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata, bagaimanapun, pihak yang terlibat perlu mengikhtiarkan alternatif lain seperti daripada haiwan-haiwan yang halal terlebih dahulu.

"Tapi kalau dah tak ada dia kira hukum darurah, bolehlah nak guna (jantung babi)," katanya kepada Malaysiakini.

Wan Salim berkata demikian mengulas kejayaan universiti di Maryland, AS melakukan pindahan jantung babi kepada manusia.

Seorang lelaki Amerika Syarikat yang tenat menghidap penyakit jantung baru-baru ini dilaporkan telah mendapat pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia dan sudah empat hari hidup dengan jantung haiwan itu.

Transaksi tol RFID di laluan PLUS Juru-Skudai bermula 15 Jan 2022

 

Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai 15 Januari, 10 malam.

PLUS menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.

"Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang telahpun menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang," katanya.

PLUS menguji pembayaran tol mengunkan Kad Debit, Kad Kredit


PLUS kini dalam persediaan untuk memperkenalkan plaza tol dengan sokongan RFID di sepanjang laluan utara ke selatan, bermula 15 Januari 2022 ini. Ia sekaligus akan memudahkan lagi perjalanan pengguna, dan mempercepatkan pembayaran tol.

Pada masa yang sama, kini PLUS berkongsi mengatakan sedang menguji pilihan pembayaran tambahan menggunakan kad debit dan juga kad kredit.

Friday 31 December 2021

Pasta Port.. Lokasi Tempat Makan Viral Di Pulau Pinang



TUDIA SEMPOI PUNYA UNTUK ORANG PENANG!

Pasta Port menyediakan pelbagai jenis macaroni & spaghetti yang sedap & padu!

Tengok gambaq pun dah terliur! Feedback customer pun masyaAllah. InsyaAllah terbaik dari depa! 

Nak ushar boleh p depa punya FB page Pasta Port dan juga instagram Pasta Port

Boleh lajak pi kedai depa kat The CEO, Bukit Jambul dari pukul 10 pagi sampai 10 malam buka setiap hari.

Nak order guna grabfood/foodpanda? Pun boleh! Takdak masalah!

Boleh klik link di bawah

>> https://pastaport.com.my

>> https://pastaport.com.my

GOODNEWS! CAWANGAN PERDA IN SYA ALLAH JANUARI 2022!













Sunday 26 December 2021

Jom Ke Homestay Lonek Negeri Sembilan





Tonton video Menarik di https://fb.watch/a7LJq27JOt/

Nama Kampung Lonek adalah gabungan singkatan nama KUA-LO sungai dan pokok SEMPU-NEK. Singkatan sebutan KUA-LO dan dicantumkan dengan nama pokok SEMPU-NEK, maka dinamakan kampung ini “KAMPUNG LONEK”.

Homestay Lonek pula ditubuhkan pada 16 Oktober 2004, dan seterusnya Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad ditubuhkan pada 18 Januari 2013. 

Kampung ini dikelilingi sawah padi yang merupakan ikon bagi Homestay Lonek. Pelancong yang menginap di sini akan dapat merasai pelbagai pengalaman yang menarik termasuk sukan tradisional mengocha ikan serta menikmati keenakan juadah “Masak Lomak Cili Api”.

Antara tarikan pelancongan yang terdapat di sekitar Kampung Lonek adalah Teratak Za’ba, pintu gerbang kayu Kampung Lonek serta kubah masjid yang tertua di daerah Jempol. 

Aktiviti utama di Kampung Lonek adalah program pengalaman homestay di samping terdapat juga perkhidmatan sewaan kenderaan, sewaan chalet, pakej perkhemahan dan pakej kursus.