Thursday, 23 June 2022
Ringgit dibuka tinggi berbanding USD
#bajet2023 Golongan Muda Bakal Terima Peruntukan Khas
Generasi muda sememangnya menjadi tunjang kepada pertumbuhan negara di masa hadapan, maka bagi menjamin pemerkasaan tersebut – kumpulan ini akan menjadi antara tumpuan utama Bajet 2023 kelak.
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara – terdapat peruntukan khas akan ditawarkan kepada kumpulan ini pada pembentangan belanjawan, pada Oktober tahun ini.
Meskipun tidak memperincikan jenis peruntukan yang dilaporkan – namun ia dilihat terarah kepada penawaran modal untuk generasi muda merancakkan arena perniagaan negara.
Friday, 28 January 2022
Kadar Tarif Elektrik Baharu Bermula 1 Februari 2022
Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, menyatakan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bermula 1 Februari 2022 kelak.
Kadar baru ini masih belum diumumkan buat masa ini, tetapi akan digunakan sehingga tahun 2024 kelak.
Saturday, 15 January 2022
'Sayalah ADUN ditahan polis, tapi saya tak ambil dadah'
Terence Naidu
IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu menafikan dirinya terlibat dalam sebarang bentuk pengambilan bahan terlarang termasuk dadah.
Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang dipilih selama dua penggal, dirinya amat menyedari tanggungjawab sebagai pemimpin dengan salah satunya mematuhi undang-undang negara.
Dalam kenyataan media yang dikongsi di Facebook pada Sabtu, wakil rakyat DAP itu turut menegaskan akan mempertahankan diri untuk membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung insiden penahanannya di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
"Sepertimana dilaporkan media, sayalah ADUN yang ditahan polis itu. Saya faham kekecewaan mereka di sekeliling saya yang berpunca daripada insiden ini bahawa saya dilaporkan ditahan kerana didapati positif dadah.
"Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang dan sebenarnya saya sendiri juga terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif kerana saya ini merokok pun tidak.
"Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, malah perlu nampak sebagai terlaksana. Jadi saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah," katanya. - Sinar Harian
Friday, 14 January 2022
ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dikatakan ditahan selepas didakwa positif dadah susulan serbuan ke atas sebuah kelab malam di Perai, semalam.