Dulu, dia lah model kelab malam dewasa, Playboy, namun sebenarnya sudah setahun dia bekerja sebagai frontliner di New York, Amerika Syarikat bagi menangani kes Covid 19 ini.
Namun akibat pandemik Covid-19, kelab tersebut terpaksa ditutup membuatkan dia menjadi juru imbas kardiografi.
Danielle Lupo, 25 menjelaskan yang perubatan dan menjadi model dewasa adalah minatnya sejak kecil. Jadi, tidak timbul isu terpaksa.
Minatnya dalam bidang perubatan bermula dengan keinginannya mengetahui bagaimana organ tubuh manusia berfungsi. Ketika usianya 25 tahun, dia terlibat dalam kemalangan kereta yang membuatkan dia berasa perlu menjadi hero lalu bergelar pelajar perubatan.
"Sepanjang bertugas, saya masih belum dijangkiti virus ini kerana sut yang saya pakai. Covid membuatkan semuanya jadi lebih sukar dan ia boleh meragut nyawa orang yang kita sayang."
Setelah setahun terlibat dalam industri kesihatan, Danielle membuka cerita mengenai kerjayanya yang menghiasi majalah tersebut. Mula dikenali menerusi kejayaannya sebagai Miss May Playmate pada tahun 2018, Danielle bekerja di kelab malam sebagai 'bunny'.
Menurut Daily Star, Danielle menjelaskan yang kedua-dua bidang adalah minatnya, jadi dia tidak perlu berasa malu.
"Mungkin juga saya akan kembali dalam dunia modelling bila pandemik ini akan berakhir. Saya rindukan saat itu, fesyen, rakan-rakan, kreativiti dan semuanya mengujakan."
Lebih menarik, ada juga pesakit yang mengenali Danielle menerusi uniform kerjanya.
"Hefner kata saya seperti Clark Kent yang boleh nampak serius dan kusut di bilik pembedahan kemudiannya nampak seksi dalam baju tidur."
Danielle turut menggunakan nama lain ketika beraksi b*g*l di sebuah majalah Republic Czech kerana bimbang ia akan menjejaskan kariernya sebagai doktor satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment