Friday 19 February 2021

Empat Perusahaan Proses fucuk di kawasan bekas kandang babi


Meloyakan apabila empat perusahaan memproses fucuk secara tradisional yang diusahakan sebuah keluarga di Valdor, Sungai Bakap, di sini mengabaikan tahap kebersihan dengan membiarkan pelbagai haiwan berkeliaran hingga mencemarkan produk makanan yang dikeluarkan.

Bukan itu sahaja, kesemua premis berkenaan didapati didirikan di atas bekas tapak kandang babi sekali gus menyebabkan kawasan berkenaan dihurung lalat bahkan terdapat lalat mati dalam peralatan memproses bahan makanan itu.

Operasi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kira-kira jam 10 pagi tadi mendapati empat perusahaan itu beroperasi memproses fucuk antara lapan hingga 40 tahun lalu tanpa lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tinjauan di empat premis yang terletak dalam ladang kelapa sawit itu mendapati semua pemilik dan pekerja mengabaikan kebersihan apabila tidak mengendalikan produk fucuk dengan baik apabila tidak memakai apron, topi dan sarung tangan selain ada yang menggunakan mesin membersihkan kacang soya yang sudah berkeladak serta bersawang.

Selain itu, produk fucuk yang dikeluarkan daripada empat label berbeza itu didapati tiada logo halal pada plastik pembungkusan.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid, berkata serbuan dijalankan berikutan hasil risikan dan pemantauan pihaknya sejak tiga minggu lalu.

"Melalui semakan, kesemua premis itu dibuka secara berperingkat di atas tanah berstatus pertanian yang ia tidak sepatutnya wujud walaupun ia tanah sendiri, apatah lagi tidak mendapat kebenaran daripada PBT memandangkan mahu membina premis berasaskan makanan.

"Disebabkan kewujudan premis itu di atas tanah pertanian, kawasan berkenaan dipenuhi lalat dan paling teruk membiarkan pula pelbagai haiwan antaranya anjing dan kucing berkeliaran dalam premis itu menyebabkan tahap kebersihan diabaikan yang dibimbangi masyarakat yang memakan produk ini mendapat keracunan makanan," katanya operasi di keempat-empat premis itu, di sini, hari ini.

Kredit : Berita Harian

No comments:

Post a Comment