Friday, 22 January 2021

'Zahid wajar lepaskan jawatan demi 3.6 juta ahli UMNO'

Foto sinar harian

Sumber Teks Berita Harian Online

KUANTAN: Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu demi bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli UMNO terhadap parti berkenaan.

Katanya, kemelut pimpinan tertinggi UMNO, khususnya ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ahli Parlimen sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Perhimpunan Agung UMNO 2018 berlarutan tanpa penyelesaian.

"Tindak tanduk ahli MKT dan Ahli Parlimen yang tidak terarah mendedahkan UMNO kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi PRU-15.

"Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan kepada daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap pimpinan UMNO membawa beban berat kebangkitan semula UMNO.

Katanya, ahli UMNO tidak dapat melihat dengan jelas kewajaran mendukung pemimpin yang dipecat oleh ahli MKT sendiri.

"Penolakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) oleh UMNO Bahagian jelas memperlihatkan ketegasan penolakan ahli UMNO terhadap pimpinan kerajaan BERSATU.

"Oleh itu, demi bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli parti, Datuk Seri (Ahmad Zahid) wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO," katanya.

3 comments:

  1. Tu dia, EJEN2 pro-BERSATU liberal PARASIT dlm. UMNO - makin MENYERANG YAB DS Zahid!!

    Apa hak si PARASIT2 Melayu LIBERAL dr parti DIKTATOR Bukan lagi Pribumi, BERSATU - sewenang2nya nak HARAMkan UMNO pula?!

    Makin GILA KUASA betul si PARASIT2 Melayu LIBERAL Bersatu ni!!

    Disyaki, si PARASIT2 Bersatu ni juga akan menjadikan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - sbg. "KAMBING2 KORBAN" (SCAPEGOAT) - utk. memPERGUNAkan SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN yg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PH PARASIT & diSAMBUNG legasi amat JAHAT ni oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu DIKTATOR ni - dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU!

    Sbb. tu skrg. si PARIAH PENIPU gopal sri ram- geng tommy thomas PENIPU tu - bukan main lagi dah jadi PENYOKONG KUAT si rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal ni, serta juga MAHKAMAH RAYUAN dah diKUASAI Hakim2 bangsa INDIA (di mana YAM DS Najib sdg. kemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 thn. oleh HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI yg . TAK berintegriti & prejudis)!!

    Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/pengharaman-umno-akan-lebih.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Mana maruah UMNO bila Zahid Hamidi bagitau YDPA beliau sokong Anwar? Waktu itu dimana pendokong Zahid Hamidi? Mengikut biar berakal... Jangan sokong bawa rebah!

    ReplyDelete
  3. Mana maruah UMNO bila Zahid Hamidi bagitau YDPA beliau sokong Anwar? Waktu itu dimana pendokong Zahid Hamidi? Mengikut biar berakal... Jangan sokong bawa rebah!

    ReplyDelete