Monday, 25 January 2021

Terkini!! Kementerian Kesihatan jangka PKP 2.0 akan dilaksanakan empat minggu sahaja. Selepas itu PKPB pula akan dilaksanakan selama tiga bulan .

 


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Covid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurat Covid-19 secara dalam talian, Dr Noor Hisham yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meruncing kini.

Sumber: Malaysia Gazette

No comments:

Post a Comment