Polis merampas lebih tujuh ribu karton rokok putih dipercayai bernilai lebih RM2 juta, termasuk anggaran cukai di Pulau Pinang.
Rampasan dilakukan di lima lokasi sekitar George Town, manakala tiga suspek lelaki berusia 31 hingga 40 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
memetik berita dari kosmo
Sindiket seludup rokok tanpa cukai di P. Pinang tersungkur
GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok tanpa cukai bernilai lebih RM1 juta di negeri ini selepas menyerbu lima lokasi berasingan di sekitar pusat bandar raya ini petang semalam.
Dalam operasi bermula pukul 3 petang itu, seramai tiga lelaki warga tempatan berusia 31 hingga 40 tahun diberkas dengan rampasan kira-kira sebanyak 142 kotak rokok tanpa cukai.
Operasi tersebut dijalankan anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama polis kontinjen Pulau Pinang.
Pengarahnya, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar ketika dihubungi Kosmo! di sini mengesahkan laporan tersebut dan berkata, serbuan dilakukan hasil risikan polis dan maklumat orang awam.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan rokok diperoleh termasuk saki-baki sindiket yang beroperasi di Pulau Pinang.
“Kita percaya, rokok-rokok tersebut untuk dipasarkan kepada pelanggan di sekitar kawasan Utara termasuk Pulau Pinang,” katanya hari ini.
Beliau memberitahu, dalam operasi tersebut polis turut merampas wang tunai bernilai RM983,000 bersama beberapa buah kenderaan seperti kereta, van dan lori dengan nilai RM240,000.
“Turut dirampas adalah hidupan liar yang dilindungi iaitu memerang dan burung di sebuah kediaman salah seorang suspek tersebut,” jelasnya.
Tambah beliau, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
Oleh #KOSMO
No comments:
Post a Comment