Wednesday, 27 January 2021

#SeberangJaya Ferrari hangus terbakar, pemandu berjaya selamatkan diri


Sebuah kereta mewah model Ferrari 430 hangus terbakar di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya, Butterworth, pada Rabu petang.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila pemandunya sempat menyelamatkan diri.


Menurut pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Supritendan Nafis Ariff Abdullah, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.10 petang.


"Ketika pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian, pasukan mendapati bahawa Ferrari 430 tersebut sudah 80 peratus musnah. Tidak ada mangsa yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, api telah dipadamkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Sungai Puyu sebelum jentera bomba tiba di lokasi.


"Anggota bomba melakukan tindakan susulan di lokasi, dan operasi berakhir sekitar pukul 3 petang," katanya.


Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - THE STAR

No comments:

Post a Comment