Tuesday, 26 January 2021

Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab - Tok Mat

 

Saya telah melihat kemunculan budaya yang tidak sihat dalam UMNO kebelakangan ini dalam cara kita mendesak pengunduran Presiden parti.

Pelbagai kain rentang dan sepanduk dengan perkataan nista dan kurang sopan digunakan dalam desakan tersebut. Ini bukan budaya dan nilai UMNO. Malah ini bukan adab dan susila kita sebagai orang Islam dan Melayu.

Pesan saya, janganlah sesekali kita terkurang hormat kita kepada institusi Presiden, yang wajar di santuni dengan sopan dan tata susila sebaiknya.

Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana UMNO itu nilainya demokratik, tetapi jangan lah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan UMNO. 

Pepatah Melayu berpesan, "Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab". 

Saya menyeru untuk semua kita kembali kepada kesatuan dalam UMNO dengan saling mendamaikan antara satu sama lain.

Sedikit bibit perpecahan antara kita, akan memberi peluang kepada lawan kita untuk meretakkan UMNO dengan sebesar-besar keretakan dan perpecahan.

Jangan sesekali kita membuka ruang untuk persahabatan dan setiakawan dalam UMNO di adu dumba, sehingga kita menjadi berseteru antara satu sama lain.

Tiada siapa yang akan untung atas perpecahan UMNO dan tiada siapa juga yang akan menang. Sama lebur sama binasa.

Kekuathiran saya ialah akhirnya, yang akan menjadi korban ialah UMNO dan bangsa Melayu.

Justeru untuk kesekian kalinya saya titipkan hikmah Melayu yang berbunyi, ..."antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang akan kenyang"...

Saya menyeru kita semua bangunkan era baru untuk UMNO dengan kesatuan dan muafakat. "Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk". 

Era di mana perbezaan kita diuruskan dengan sopan, berhikmah dan melalui jalan yang disepakati. 

Era di mana parti diperkuatkan dengan iltizam untuk memperjuangkan kepentingan Malaysia, Melayu, Islam dan Demokrasi sebagai keutamaan dalam semua yang utama. 

Dan akhirnya, era dimana UMNO dihormati sebagai jurucakap sebenar rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dan bukannya parti yang rakus dengan kuasa dan kedudukan.

Insha Allah....

Dato Seri Utama 

Mohamad bin Haji Hasan 

Timbalan Presiden UMNO

2 comments:

  1. Itulah,si EJEN2 pro- BERSATU liberal PARASIT dlm. UMNO - sdg. MENYERANG YAB DS Zahid habis2an - utk. terus mengHANCURkan UMNO dr. dalam!!

    Apa hak si PARASIT2 Melayu LIBERAL dr parti DIKTATOR Bukan lagi Pribumi, BERSATU - sewenang2nya nak HARAMkan UMNO pula?!

    Makin GILA KUASA betul si PARASIT2 Melayu LIBERAL Bersatu ni!!

    Disyaki, si PARASIT2 Bersatu ni juga akan menjadikan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - sbg. "KAMBING2 KORBAN" (SCAPEGOAT) - utk. memPERGUNAkan SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN yg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PH PARASIT & diSAMBUNG legasi amat JAHAT ni oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu DIKTATOR ni - dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU!

    Sbb. tu skrg. si PARIAH PENIPU gopal sri ram- geng tommy thomas PENIPU tu - bukan main lagi dah jadi PENYOKONG KUAT si rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal ni, serta juga MAHKAMAH RAYUAN dah diKUASAI Hakim2 bangsa INDIA (di mana YAM DS Najib sdg. kemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 thn. oleh HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI yg . TAK berintegriti & prejudis)!!

    Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/pengharaman-umno-akan-lebih.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Mmg. MEMALUkan ISLAM/UMATnya shj. PAS PENIPU ni!! Adakah ISLAM mengHALALkan KEZALIMAN & PENIPUAN pd. RAKYAT?!

    Parti NAZI Bersatu yg. BUKAN lagi Pribumi - mempergunakan IDENTITI2 Pribumi & Islam/Umatnya, termsk. KESULTANAN Islam/Melayu KERAMAT kita - utk. mengHAPUSkan KEADILAN & KEBENARAN yg. diTUNTUT di dlm. ISLAM!!

    Maka, PAS/UMNO - kena perJUANGkan supaya Identiti PRIBUMI diBUANG dr. parti BERSATU NAZI - agar identiti PRIBUMI kita TAK dijadikan KAMBING KORBAN utk. MUSUH2 ISLAM/UMATnya dlm. parti NAZI BERSATU ni - dgn. memBURUK2kan IDENTITI Pribumi kita dgn. pemerintahan DIKTATOR KUKU BESI parti NAZI Bersatu LIBERAL Penyangak ni!!

    ReplyDelete