Saturday, 30 January 2021

#BukitBendera Pokok terbakar disambar petir


Ramai diantara kita yang berasa sedih apabila sebatang pokok Angsana di David Brown terbakar akibat disambar petir malam tadi. 

Pokok ini sangat bermakna kerana ianya adalah diantara dua pokok Angsana yang tinggal di Bukit Bendera. Sebatang Pokok Angsana yang terletak di The Crag Hotel juga telah terbakar akibat disambar petir beberapa tahun yang lalu. 

Anggota bomba berjaya memadamkan api setelah berusaha lebih dari 6 jam. PBBPP ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Briged Bomba Sukarela Air Itam Bukit Bendera dan semua sukarelawan atas bantuan dalam memadamkan kebakaran di atas pokok itu. 

Pada masa ini, kerosakan pada pokok Angsana tersebut masih tidak jelas. PBBPP akan mendapat penilaian daripada pakar botani untuk memeriksa kerosakan dan cara untuk memulihkan pokok tersebut. 

Kita berharap agar kita tidak lagi kehilangan Pokok Angsana di puncak Bukit Bendera.









Kredit : Penang Hills

No comments:

Post a Comment