Kredit foto: NSW POLICE/Daily Star |
Malang nasib seorang wanita berusia 92 tahun di Sydney, Australia apabila menjadi mangsa rogol pada Sabtu lalu.
Menurut polis, Craig Anthony Wheatman, 28, didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi selepas memecah masuk kediaman mangsa.
Selain serangan seksual, suspek turut melarikan beg serta wang tunai milik mangsa, lapor Daily Star.
Ditinggalkan dalam keadaan ketakutan, mangsa kemudiannya memaklumkan hal itu kepada anaknya sebelum ia dilaporkan kepada pihak polis.
Ujar polis, suspek yang ditemui dalam keadaan tidak memakai kasut ditahan pada tengah hari, Ahad lalu.
Suspek yang kini dalam tahanan polis dijangka dibicarakan pada 13 Mac depan.
Sumber: mStar
No comments:
Post a Comment