Monday, 4 January 2021

Adun PKR: Tindakan bodoh serbu restoran papar karya seni


Sumber Malaysiakini

Seorang Adun PKR meminta pihak polis menghentikan tindakan 'bodoh' dan gangguan terhadap sebuah restoran di Pulau Pinang kerana memaparkan karya seni berbentuk karikatur Mao Zedong.

Gooi Hsiao Leung berkata adalah "sangat tidak masuk akal dan bebal" bagi ahli majlis tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii meminta tindakan tegas diambil terhadap apa yang disebutnya sebagai "gerakan komunis" di Pulau Pinang.

Razlan sebelum ini berkata isu itu menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Gooi berkata demikian selepas naib presiden MCA Tan Teik Cheng semalam menyatakan gambar pada kertas hias dinding di restoran masakan Hunan di Bukit Mertajam itu hanyalah hiasan dan menyifatkan tindakan polis terlalu keras serta "sensitif".

Menurut Gooi restoran berkenaan terletak di kawasannya di Bukit Tengah.

Ketika serbuan dibuat, lima pekerja restoran disoalsiasat (dua daripadanya masih ditahan), manakala karya seni itu diturunkan dan restoran itu dikunci dengan kunci diambil oleh pihak polis.

"Saya telah bercakap dengan pemilik restoran yang berasa kecewa bagi  menyatakan solidariti dan sokongan saya kepada mereka dan mengutuk tindakan polis yang biadab dan tidak bertanggungjawab," kata Gooi selepas melawat premis tersebut.

Turut menemani Gooi ialah ahli majlis perbandaran Seberang Perai, Ooi Boon Sheng.

"Hanya di Malaysia ini boleh berlaku - di mana kita ada pegawai dan ahli politik yang terlalu ghairah dan bodoh menyamakan ikon budaya pop sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

"Lepas ni apa, adakah pihak berkuasa juga akan buru semua orang yang jual dan pakai t-shirt Che Guevera atau tutup taman tema Escape yang popular di Pulau Pinang yang baru-baru ini dikunjungi keluarga saya di mana ada mural besar Che Guevera di dinding kerana menyebarkan komunisme dan ancaman kepada keselamatan negara?" soal Gooi.

Bekas Anggota Parlimen Alor Setar itu berkata, masakan Hunan dikenali di peringkat antarabangsa sebagai "Mao Jia Cai" (Masakan Rumah Mao) kerana Mao Zedong adalah anak jati yang disukai dan terkenal di wilayah Hunan.

Katanya, mana-mana individu yang waras tahu bahawa karikator Mao Zedong di restoran masakan Hunan tidak ada kaitan dengan penyebaran komunisme.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut di bawah seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda pertubuhan haram dan seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam.

"Polis mesti meminta maaf kepada pemilik restoran untuk semua kerugian yang dialami mereka dan segera menghentikan siasatan yang tidak berasas ini.

"Tolong kembalikan kunci restoran kepada pemiliknya agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka dengan segera," katanya.

10 comments:

  1. Matters concerning the damage that has been done in the history of this country and the loss of lives in protecting the freedom of this country should be considered sensitive and not be sensationalised in the name of freedom of expression or art. Please have some sensitivity and a lot of patriotism when chosen to serve the people.

    ReplyDelete
  2. Matters concerning the damage that has been done in the history of this country and the loss of lives in protecting the freedom of this country should be considered sensitive and not be sensationalised in the name of freedom of expression or art. Please have some sensitivity and a lot of patriotism when chosen to serve the people.

    ReplyDelete
  3. Tok Nenek kami berjuang sampai titisan darah terakhir melawan komunis untuk merdeka adakah anda faham atau tidak. Banyak hasil seni lain yang boleh kenapa mesti tema komunis.

    ReplyDelete
  4. BANGSAT si ADUN PKR PENDATANG Cina BANGKAI BABI ni!!

    ASKAR2/POLIS & RAKYAT bangsa BUMIPUTERA kami punya ramai TERKORBAN diBUNUH dlm. GENOSID oleh KOMUNIS CINA Chin peng KEPALA BABI - lu boleh ckp. ini karya seni!! KEPALABUTOH lu & keturunan BANGKAI BABI lu, si PENDATANG CINA amat RASIS, FASIS & PENIPU BANGKAI BABI!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik lu MAMPOS balik NEGARA ASAL keturunan CINA lu - si ADUN PKR PENDATANG CINA BANGKAI BABI oi!! Ini TANAH MELAYU kami sblm. KETURUNAN KEPALA2 BAPA CINA lu dibawa PENJAJAH INGGERIS/ZIONIS BANGKAI BABI!!

      Delete
    2. Dan CHE GUEVARRA tu PEJUANG KEMERDEKAAN utk. memBEBASkan AMERIKA SELATAN dr. PENJAJAH BARAT/ZIONIS & EJEN2 depa dr. DIKTATOR2 paling kejam- BUKANnya Guevarra ni MEMBUNUH bangsa BUMIPUTERA depa mcm. KOMUNIS CHINA Mao Zedong ni, yg. juga telah MEMBUNUH bangsa BUMIPUTERA Cina di CHINA sendiri dlm. GENOSID, si ADUN PKR Pendatang CINA BANGKAI BABI oi!!

      Delete
    3. Lihat SEJARAH antara anggota2 POLIS Orang Asal ISLAM/MELAYU amat BERANI kami di TANAH MELAYU - yg. diBUNUH & diBAKAR bersama ISTERI2 & ANAK2 depa dlm. GENOSID, di BALAI POLIS BT. KEPONG - oleh PENGGANAS2 KOMUNIS Cina-EJEN MOSSAD/CIA Chin Peng!!

      Di - https://malaysiagazette.com/2020/08/31/bukit-kepong-saya-lihat-sendiri-polis-dan-keluarga-mereka-dibunuh-dibakar/

      Delete
  5. "Sangat tidak masuk akal dan bebal" adalah cina komunis bukannya Polis. Haram jadah punya adun

    ReplyDelete
  6. Kami x taw mao zedong dgn masakan hunan ni apa pasal kat Malaysia x belajar benda ni. So bwk balik mao zedong dgn masakan hunan ke china

    ReplyDelete
  7. Mau Sokong lagi PKR..tau tau lagi lepasni janganlah undi

    ReplyDelete