Thursday, 29 October 2020

Tiga pegawai Penjara Seberang Perai pulih Covid-19..

 


SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI |Sinar Harian 

Pegawai ketiga Penjara Seberang Perai yang disahkan positif dibenarkan pulang ke rumah kelmarin.

GEORGETOWN - Pegawai terakhir Penjara Seberang Perai yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) telah dibenarkan pulang ke rumah kelmarin.

Pengarah Penjara Seberang Perai, Zulkifli Abdul Manah berkata, pegawai tersebut sudah sihat dan dibenarkan keluar wad pada Selasa lalu untuk berehat di rumah.

Menurutnya, pegawai berusia lingkungan 30-an itu dijangka memulakan kerja esok, namun sekiranya dia memerlukan cuti tambahan, pihak penjara akan membenarkannya.

"Dua pegawai yang dibenarkan keluar wad minggu lalu, sudah mula bekerja hari ini," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Untuk rekod, sehingga semalam, sebanyak 256 kes positif dilaporkan di Kluster Penjara Seberang Perai yang mana ia turut melibatkan tiga pegawai penjara berkenaan.

Tambahnya, semua banduan yang masih disahkan positif sedang dirawat dan dipantau di wad sementara di dalam penjara tersebut.

"Semuanya stabil dan mereka kini di bawah pemantauan pihak penjara dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Buat masa ini, kita belum menerima sebarang arahan daripada KKM untuk menjalani ujian saringan ketiga ke atas semua banduan.

Kredit Sinar Harian

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment