Tuesday, 27 October 2020

Seorang maut, 4 cedera kereta terbabas masuk longkang.

 


KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut, manakala empat penumpang termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Permatang Tiga, dekat Pajak Song, di sini.


Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan Perodua Kancil dipandu Normi Azuan Bahari, 46, terpelanting ke dalam longkang.


Normi Azuan yang tersepit dalam kenderaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas lokasi sebaik menerima panggilan untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Sebaik tiba, katanya sebuah kereta didapati terbabas ke dalam longkang dengan lima mangsa berada di dalamnya.


"Operasi mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan peralatan khas dengan semua mangsa berjaya dikeluarkan jam 7.05 petang.


"Pemeriksaan ke atas pemandu kereta oleh petugas perubatan mengesahkannya sudah meninggal dunia, manakala empat penumpang cedera ringan," katanya.


Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala empat penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.


- Berita Harian


https://www.facebook.com/214066990599/posts/10158897263100600/?d=n


#BombaPenang

#BBPKepalaBatas

#CepatdanMesra

#SediaMenyelamat

No comments:

Post a Comment