Wednesday, 28 October 2020

Pembeli di Pulau Pinang akan perlu bayar RM1 untuk beg plastik bermula Januari 2021


Pulau Pinang sedia mengecaj sebanyak 20 sen sejak tahun 2009 yang lepas untuk setiap beg plastik, dan duit yang dikumpulkan disalurkan kepada usaha pengurusan alam sekitar oleh kerajaan negeri berkenaan.

Bergerak ke hadapan, bermula Januari 2021 kelak, pembeli di Pulau Pinang akan dikenakan caj sebanyak RM1 untuk beg plastik. Peningkatan harga ini adalah salah satu usaha dalam mengalakkan pengguna membawa beg sendiri dari rumah, dan mengurangkan penggunaan beg plastik.

Tambahan lagi, penawaran beg plastik yang boleh dibeli dengan caj RM1 ini hanya disediakan antara hari Khamis ke Ahad sahaja. Pada hari Isnin sehingga Rabu, tiada beg plastik yang akan disediakan kepada pengguna.


Rggt

No comments:

Post a Comment