Wednesday 28 October 2020

Caj Pengeluaran ATM MEPS Sebanyak RM1 Akan Terus Dikecualikan Sehingga Suatu Tarikh Kelak


Seperti ramai sedia maklum, sekiranya anda melakukan pengeluaran ATM antarabank melalui ciri MEPS di mesin pengeluaran duit ATM, anda akan dicaj sebanyak RM1.

Namun, sejak daripada awal April 2020 lepas, kerajaan telah mengumumkan pengecualian caj pengeluaran duit melalui ATM MEPS seluruh negara sebanyak RM1, dalam usaha untuk memudahkan pengguna mengeluarkan duit tanpa perlu bergerak jauh.

Bercakap mengenainya hari ini, kerajaan mengesahkan yang mana caj pengeluaran ATM MEPS ini akan diteruskan sehingga suatu tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Buat masa ini, anda boleh melakukan pengeluaran wang antarabank melalui ciri MEPS tanpa caj sebanyak RM1 yang dikenakan seperti sebelum PKP.

Rnggt

No comments:

Post a Comment