Pelakon Robert Pattinson
yang memegang peranan utama filem adiwira terbaru The Batman didapati positif
Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik media Amerika Syarikat (AS) pada
Khamis.
Menurut Vanity Fair,
penerbitan filem itu terpaksa dihentikan hanya beberapa hari selepas filem
berkenaan menyambung penggambaran di studio di luar London.
Warner Bros mengatakan
studio Hollywood tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai kesihatan
mana-mana pekerja, tetapi mengesahkan kepada media "anggota yang terbabit
dengan penggambaran Batman terbukti positif Covid-19 dan kini dikuarantin
sesuai dengan protokol ditetapkan. Penggambaran ditangguhkan buat sementara
waktu."
Proses penggambaran
terganggu sejak Mac kerana wabak Covid-19. Warner Bros menjangkakan filem itu
dijadual ditayangkan pada Oktober 2021.
Diarahkan oleh Matt
Reeves, filem ini dibintangi Pattinson yang memegang watak sebagai Bruce Wayne.
Sebelum ini, pelakon
Dwayne Johnson lebih dikenali sebagai "The Rock," menulis di
Instagramnya pada Rabu dia dan keluarganya juga dijangkiti virus itu.
-Bernama
No comments:
Post a Comment