Thursday, 3 September 2020

Rambut Gaya Mohawk Cipta Rekod Paling Tinggi Di Dunia.

 

(Sumber Gambar:Google Imej)

Pengayaan rambut amat penting bagi seseorang lelaki kerana ianya merupakan mahkota bagi mereka. Hal ini demikian kerana ia merupakan salah satu ciri bagi memperlihatkan penampilan seseorang itu sentiasa tampan dan bergaya. Melalui gaya rambut dapat menyerlahkan lagi personaliti mereka.


Namun sebaliknya bagaimana pula seorang lelaki yang memiliki gaya rambut Mohawk sehingga memecah rekod dunia? Jika dibayangkan bagaimanakah dia menjaga gaya rambutnya itu. Ianya merupakan satu kelebihan yang terdapat pada seorang lelaki yang menetap di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai, Joseph Grisamore.


Pengayaan rambut Mohawk milik Joseph Grisamore telah dianugerahkan di dalam Guiness Word Records baru-baru ini. Menurut laporan media antarabangsa, Joseph Grismore menerima anugerah rambut gaya Mohawk paling tertinggi dengan ukuran yang mencecah 1.08 meter. Bagi dia untuk mencipta rekod sebegini perjalananya bukanlah mudah. Menurut Guiness World Records, Joseph Grisamore pernah mencuba membuat untuk pertama kali bagi merebut gelaran pada tahun 2006 dengan mengayakan rambutnya ala dreadlocks. Namun tiada rezekinya.

 

Menurut Joseph Grisamore, pergerakannya amatlah terhad. Hal ini kerana saiz pintu dan ketinggian standard juga menyukarkan pergerakannya. Di samping itu juga dia juga mengalami masalah untuk masuk ke dalam kereta.

Tambahnya, dia juga sering menjadi tumpuan khalayak ramai apabila berada di tempat awam kerana gaya rambut Mohawk yang sangat tinggi itu.

No comments:

Post a Comment