Gara-gara malu ditinggalkan isteri masing-masing, seorang jutawan dan bapanya bertindak kejam apabila mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh isteri mereka.
Malah lebih mengejutkan, menurut polis Australia, jutawan Melbourne dan bapanya turut berkonspirasi menghapuskan seorang pastor Kristian yang memberikan kaunseling kepada salah seorang pasangan tersebut supaya meninggalkan suaminya.
Menurut potal berita new.com.au, pada 26 Ogos lalu, Mahkamah Agung Victoria diberitahu bahawa kedua-dua isterinya sudah meninggalkan mereka.
Para penyiasat percaya, jutawan tersebut, John Assaad, 27, bimbang, isterinya akan menuntut aset-aset keluarganya.
Polis mendakwa bapanya telah menyerahkan dokumen peribadi dan gambar mangsa kepada seorang lelaki bagi mengatur pembunuhan itu di sebuah tempat letak kereta.
Dia bersetuju untuk membayar sebanyak A$40,000 (RM121,537) untuk setiap pembunuhan yang dilakukannya.
Hakim kemudian menimbangkan permohonan untuk menetapkan jaminan terhadapnya.
SH
No comments:
Post a Comment