LUMUT: Dua lelaki
terbunuh selepas kereta mereka terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah treler tangki sawit di Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini.
Zaibidi Muhi, 40, dan
Mohd Raimi Rustam Mohammad Rozi, 34, yang dalam perjalanan ke Teluk Intan
meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan pada jam 7.32 pagi.
"Seorang mangsa
diselamatkan dari tempat pemandu kereta Proton Wira oleh pasukan bomba dan
penyelamat yang mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mayatnya sementara
seorang lagi mangsa dikeluarkan oleh orang awam," katanya ketika
dihubungi.
Dia berkata, kejadian itu
dipercayai berlaku ketika kereta memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung
dengan treler tangki minyak sawit yang menuju ke Sitiawan.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment