Meraikan perbezaan pendapat & saling memaafkan, perlukan seseorang yang berjiwa besar & sentiasa berlapang dada. DS Bung Mokhtar & DS Rahman Dahlan merupakan contoh terbaik. pic.twitter.com/IKEo25UjVL
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 1, 2020
Sebelum ini, Abdul Rahman mengkritik pelantikan Bung Moktar bagi menerajui jentera pilihanraya negeri akan datang.
Jelas Abdul Rahman, pelantikan Bung Moktar adalah tidak sesuai memandangkan dirinya kini berdepan kes di mahkamah sekaligus menjatuhkan kredibiliti sebagai pemimpin.
Abdul Rahman juga menggesa agar pimpinan Umno Pusat tidak membuat keputusan buat Umno Sabah dan memberi kuasa ‘autonomi’ dalam menentukan hala tuju di peringkat negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pilihan raya diadakan selepas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meletak jawatan dan memohon agar pilihan raya diadakan susulan kemelut politik melanda negeri itu.
No comments:
Post a Comment