Monday, 17 August 2020

UTC Komtar mula beroperasi hari ini

Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) akan mula beroperasi Isnin ini di ruang tingkat tiga bangunan itu, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata UTC Komtar telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memulakan operasinya.

"Setakat ini 10 agensi kerajaan yang akan beroperasi di UTC Pulau Pinang ini antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).






"Agensi atau jabatan yang akan menyusul kemudian adalah Polis Diraja Malaysia, JOBS Malaysia serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, waktu operasi  UTC dari 8 pagi hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat manakala Sabtu dan Ahad dari 8 pagi hingga 5 petang.

"UTC akan beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum Persekutuan/Negeri dan tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang," katanya.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment