Sunday 9 August 2020

#BukitMertajam Lelaki pukul penghantar makanan direman polis

Kecoh di media sosial tentang seorang lelaki yang memukul penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran terkenal dalam kejadian di Alma di sini. Dimana pergaduhan tersebut turut menjadi tular di media sosial Facebook, dua hari lalu direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 33 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 7.22 malam semalam lapor Sinar Harian

"Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut, kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk punca suspek bertindak sedemikian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.



No comments:

Post a Comment