Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada jam 5 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Panang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Barat Daya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah tersebut disewa untuk dijadikan tempat menyimpan daun ketum sebelum memprosesnya menjadi cecair.
"Suspek disyaki menyewa rumah tersebut untuk menjalankan kegiatan itu sejak enam bulan lalu dipercayai salah seorang pekerja sindiket memproses ketum di kawasan Batu Maung.
"Rumah tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini atas kerana terdapat aktiviti sama," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan saki-baki pekerja yang terlibat dalam sindiket tersebut.
Tambahnya, suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 21 Ogos bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.
SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment