Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.Sekiranya gagal membayar denda, Khalijah memerintahkan, lelaki itu menjalani hukuman penjara selama lima hari.
Menurut pertuduhan, lelaki itu yang masih memakai gelang putih (menandakan pemakai perlu berada dalam kuarantin) didakwa telah gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menghadiri pameran di Pusat Konvensyen Setia SPICE di Bayan Baru kira-kira jam 5.45 petang pada 7 Ogos lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid manakala tertuduh diwakili Edmund Anthony Hermon.
AWANI
No comments:
Post a Comment