Pegawai Pemerintah Batalion ke-14 PGA Supt Mohd Yacob Murad berkata rampasan itu dibuat dalam operasi pada pukul 4.30 pagi di satu premis industri iaitu lokasi rokok itu disembunyikan.
“Kesemua rokok seperti jenama MILD, Extreme, Apache dan Tex yang tidak bercukai itu dijumpai disimpan di dalam kotak.
“Rokok-rokok itu untuk edaran pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang lelaki berumur 38 tahun yang juga pemegang dokumen IMM13 turut ditahan, dipercayai menjadi tonto untuk mengintip pergerakan kenderaan keluar masuk ke premis terbabit.
Mohd Yacob berkata, pihaknya turut merampas satu set walkie talkie, satu unit telefon bimbit dan van Toyota Hiace dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai kira-kira RM3,470,204.
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment