Monday, 6 July 2020
#Taiping Lelaki 54 tahun, anak tiri maut digilis lori
Seorang lelaki berusia 54 tahun dan anak tirinya yang berusia lapan tahun maut digilis lori muatan simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Subir Mahamad Isa menunggang motosikal bersama-sama anak tirinya, Muhamad Rayan Danish Abdullah.
Siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Kampung Dew, dikatakan hendak membelok ke kilang yang terletak di kiri jalan sebelum melanggar dan menggilis mangsa.
"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari kecuaian pemandu lori berkenaan.
"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di bahagian tayar lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori tersebut ditahan untuk membantu siasatan," katanya dihubungi media.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BERITA HARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana mangsanya?
ReplyDelete