Saturday 11 July 2020

#SungaiBakap Kemalangan maut babit 2 motosikal dengan kereta




 Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal di Jalan Valdor, di sini, hari ini.


Mangsa terkorban ialah penunggang dua motosikal terbabit yang masing-masing berumur 18 dan 51 tahun, manakala pemandu kereta berusia 40 tahun pula dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Nordin Mohd Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 7.30 malam tadi.







Beliau berkata, anggota yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati kedua-dua penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Bakap.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment