Friday 10 July 2020

#PasirGudang Budak 2 tahun terperangkap dalam kereta

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terperangkap dalam kereta semasa ditinggalkan ibunya di bahagian parkir depan rumah flat Taman Air Biru di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.04 petang itu, Nur Aishah Kamarudin dipercayai ditinggalkan seorang diri untuk sementara waktu dalam kereta itu.

Ibu bapanya yang datang semula mendapati pintu kereta Naza Citra berkenaan sudah terkunci dan cuba membukanya, bagaimanapun tidak berjaya.

Buntu dengan keadaan tersebut, ibu kanak-kanak itu kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang untuk bantuan.

Seramai lapan anggota dari BBP Pasir Gudang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Mohd Yusri Atan berkata, sejurus tiba mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam kereta yang sudah dimatikan enjinnya.


"Kunci kereta tersebut tertinggal dalam kenderaan berkenaan. Kita mengambil masa tidak sampai 20 minit untuk membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan khas.

"Kanak-kanak itu bagaimanapun tidak panik atau menangis semasa bomba melakukan operasi. Dia selamat dikeluarkan dan operasi tamat pada jam 6.19 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

#SinarHarian

No comments:

Post a Comment