Tuesday, 7 July 2020

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

SAYA SECARA RASMI ISTIHAR KELUAR PH DAN LETAK JAWATAN SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN JASIN SECARA SERTA MERTA!!

Atas dasar prinsip yang tidak akan bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ maka secara rasminya saya istihar untuk tinggalkan PH!!

Saya sama sekali tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ seperti anwar ibrahim untuk jadi PM9!! Keseluruhan bangsa melayu dan umat islam di negara kita harus tolak anwar ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita!!Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh anwar ibrahim!! Dia manusia ‘fasiq’ dan ‘hipokrit!!’
Sesungguhnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi parti Amanah yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di kerusi parlimen jasin pada pru14 yang lepas.





Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden parti Amanah untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi parlimen jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku penyelaras parlimen jasin berkuat-kuasa serta merta!!

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga kepada presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti yang telah meluluskan keahlian saya menganggotai parti ini pada suatu masa dahulu.

Ketika berjuang di bawah platform parti Amanah telah meninggalkan pelbagai pengalaman manis kerana parti ini amat berdisiplin, ikhlas sesama sahabat dan keseluruhan pemimpin-pemimpinnya baik-baik belaka!!



Secara jujur dan ikhlas saya amat menyayangi semua kepimpinan tertinggi parti Amanah khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota tertinggi parti ini.

Kalangan ini adalah para pejuang yang amat gigih!!

Hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik seluruh pemimpin-pemimpin parti Amanah yang banyak membantu, mengacukan kareer politik serta membimbing saya di saat bertanding dan menjawat jawatan penyelaras parlimen jasin.



Namun, saya terpaksa berpegang pada prinsip politik dan agama yang sama sekali tidak akan bernaung di bawah kepimpinan PH yang kini dipengerusikan oleh anwar ibrahim!!
Kini, saya ingin lihat berapa jauh PH boleh pergi di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam lanskap politik tanahair!! Tambahan pula dia ‘manusia sewel serta berpenyakit!!’
Kadang-kala kita mampu untuk menipu sesama manusia tetapi dalam masa yang sama kita tidak akan berjaya untuk membohongi Allah swt.
Apapun situasinya, sebagai hamba Allah swt kita tak perlu risau kerana Dia Maha Mengetahui.

Secara jujur dan ikhlas, akhirnya rakyat secara total akan mengetahui secara lebih jelas siapa itu anwar ibrahim yang sebenarnya!!

Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin ‘fasiq’ serta ‘hipokrit’ macam anwar ibrahim!!
Dia hanya ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan!! Parti pkr itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan anwar ibrahim!!

Parti sendiri pun anwar ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar!!

PH akan hancur di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada pru14 yang lepas!!

Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi!!

PH bukan lagi platform yang sesuai untuk kita berjuang bagi selamatkan negara kerana pengerusi masakini pun seorang pemimpin yang tidak selamat untuk kita semua!!

Hanya ‘orang gila’ saja yang sanggup bernaung serta berjuang di bawah kepimpinannya!!

Allah swt tidak akan memberkati sesiapa saja yang menyokong pemimpin ‘songsang’ yang ‘sewel’ dan ‘berpenyakit!!’
Seandainya, kita hendak selamatkan negara; tolaklah anwar ibrahim secara total dan jangan sama sekali mengizinkan anwar ibrahim untuk jadi perdana menteri malaysia!!

Bangsa, agama dan tanahair akan hancur jika anwar ibrahim menjadi pemimpin utama kita!! Yakinilah…!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN

SUMBER

No comments:

Post a Comment