#TMAlerts
𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗻𝗼𝗱 𝗧𝗠 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗮𝘆𝗮, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴.
Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat kerosakan yang diakibatkan oleh kebakaran di nod kami di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Nod ini memainkan peranan bagi menyediakan sambungan internet untuk pelanggan-pelanggan kami di sekitar Seberang Jaya. Nod ini juga menyediakan sambungan “backhaul” untuk penyedia rangkaian mudah alih di kawasan tersebut.
Kebakaran dikesan pada jam 0007 hrs, hari Rabu, 1 Julai 2020. Pegawai kami di lokasi telah menghubungi pihak bomba sejurus sahaja kebakaran dikesan.
Sebanyak dua jentera bomba dari Balai Bomba Seberang Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan dipadamkan oleh anggota bomba.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Kami sedang mengenalpasti jumlah kerosakan sepenuhnya akibat dari kebakaran ini. Dalam pada masa yang sama, kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.
Sumber TM Group
No comments:
Post a Comment