Thursday, 2 July 2020

#covid19 Tahniah rakyat Malaysia! - PM Muhyiddin Yassin



PM Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengucapkan tahniah kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia kerana berjaya mengurangkan kes harian jangkitan virus Covid-19 dengan berkesan.

Semalam buat pertama kali Malaysia mencatatkan kes paling rendah iaitu satu jangkitan sahaja melibatkan warga asing. Hari ini jumlah kes aktif berbaki 85 orang dengan jumlah kes baharu sebanyak 3 kes.

Menurut Muhyiddin, trend penurunan jumlah kes harian tempatan sehingga merekodkan angka satu digit sejak akhir-akhir ini menunjukkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang wabak Covid-19.




Malah penurunan kes turut disumbangkan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang semakin tinggi..

“Alhamdulillah, buat pertama kali semalam negara kita mencatatkan kes harian COVID-19 terendah iaitu 1 kes import dan tiada kes jangkitan tempatan dalam kalangan warganegara dan bukan warganegara.

“Syabas dan jutaan terima kasih kepada ‘frontliners’ yang sehingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Pada masa yang sama, saya juga berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Tahniah saya ucapkan kepada rakyat Malaysia,” kata Muhyiddin.

SM

No comments:

Post a Comment