Dua kereta musnah, manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus dalam kebakaran di kawasan parkir di Flat Taman Bagan, Butterworth, hari ini.
Kejadian pada 9.43 pagi itu disedari seorang lelaki berusia 38 tahun yang terhidu bau petrol ketika ingin menghidupkan kereta Hyundai Elantra miliknya, yang diparkir di sebelah kereta Perodua Kelisa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy berkata, bagaimanapun, mangsa ternampak api menyambar kereta Perodua Kelisa, lalu keluar menyelamatkan diri.
"Mangsa memaklumkan terbau petrol sebelum masuk dalam keretanya dan mencari kesan tumpahan minyak di bawah kenderaannya namun tiada kesan.
Noorzainy berkata, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui punca kebakaran itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 3:28 PM
SUMBER
No comments:
Post a Comment