Sunday 12 July 2020

367 PATI warga India dihantar pulang hari ini



KUALA LUMPUR: Seramai 367 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India yang ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), dihantar pulang ke negara asal, hari ini.

Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam satu kenyataan melalui Twitter rasmi, memaklumkan penghantaran pulang itu dibuat menggunakan dua pesawat khas Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines).

"Hasil usaha bersepadu Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia untuk membawa pulang warga India yang ditahan di pelbagai DTI, seramai 219 diterbangkan ke Amtritsar, Punjab, dengan menaiki pesawat khas MH8722, hari ini.

"Kami sentiasa berhubung rapat dengan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Jabatan Imigresen, Wisma Putra dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta berterima kasih atas kerjasama baik diberikan," katanya dalam ciapan melalui Twitter rasmi.


Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia turut memaklumkan, pesawat khas kedua Malaysia Airlines membawa 148 lagi PATI warga India pulang ke negara itu, hari ini.

"Penerbangan khas kedua membabitkan 148 warga India yang ditahan di DTI di Malaysia sejak beberapa bulan lalu, akan berlepas ke India menggunakan pesawat MH182," katanya.

Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia turut memuat naik beberapa video warga India berterima kasih kepada Kerajaan India dan Malaysia yang menyediakan pesawat khas untuk membawa mereka pulang secara percuma, selain turut menjaga kebajikan dengan menyediakan makanan.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment