Saturday, 27 June 2020

#SulawesiSelatan Potong Telinga Isteri Sebab Tak Masak

Hanya kerana tidak menyediakan makanan, lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya.

Menurut Kompas.com yang dipetik Harian Metro, kejadian di Desa Bukit Sutra, Sulawesi itu berlaku kerana suspek hilang pertimbangan apabila isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya.

Difahamkan, Hasdi, 43, menoreh telinga mangsa berusia 39 tahun itu sebagai pengajaran buat isterinya.

"Saya berikan dia peringatan agar tidak melakukan perbuatan sama selepas ini, namun paha saya ditendang.

"Saya menarik telinga isteri sebelum mencederakannya," katanya.


Ketua Polis Larompong, Iptu Syarif Sikati yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sudah menahan suspek yang bersembunyi dalam sebuah rumah di Dusun Salobunga.

Kompas

No comments:

Post a Comment