Saturday, 27 June 2020
#Lombok Lelaki berkahwin dengan 2 wanita serentak
Lelaki tular di media sosial selepas menikahi dua wanita yang juga sepupu serentak di Lembar, Lombok.
Menurut media tempatan yang dipetik Harian Metro, Saepul Bahri, 28, memutuskan untuk berkahwin dengan Musitiawati, 23, dan Hairani, 23, selepas tiga bulan menjalin hubungan dengan kedua-duanya.
Apa yang menarik, kedua-dua wanita itu tidak pernah ke rumah Saepul dan hanya berkenalan menerusi perbualan telefon sahaja.
"Malah, saya tidak pernah merancang untuk menikahi dua wanita, sekali gus tetapi suka kedua-duanya. Akhirnya, terjadi pernikahan itu," katanya.
Difahamkan, Saepul menjalin hubungan dengan Musitiawati sebelum jatuh hati pada sepupunya, Hairani.
Katanya, dia terpikat dengan kecantikan dua wanita pendiam dan pemalu itu.
"Saya tidak kisah mereka ada ikatan keluarga kerana suka kedua-duanya. Kebetulan mereka berjiran dan akrab satu sama lain.
"Persoalan mengapa mereka sanggup berkahwin dengan saya dan bermadu perlu diajukan kepada kedua-dua isteri saya," katanya.
Selain mendapat restu ibu bapanya, mereka bertiga tinggal sebumbung kerana Saepul hanya ada sebuah rumah.
KOMPAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment