Tuesday, 23 June 2020

#Schweinfurt 6 Pekerja Pos dimasukkan ke hospital kerana tidak tahan bau durian

Pakej misteri dengan bau kurang enak menyebabkan 12 pekerja pos di Jerman menerima rawatan perubatan manakala yang lain dipindahkan keluar daripada pejabat pos di bandar Schweinfurt.


Menurut CNN, anggota polis, bomba dan perubatan dikejarkan ke pejabat pos selepas pekerja mengadu bau busuk datang daripada sebuah bungkusan.

Jabatan polis Schweinfurt menjelaskan pada awalnya mereka tidak pasti sama ada bungkusan itu membawa ancaman.


Kira-kira 60 pekerja pos kemudian diarah meninggalkan bangunan sebelum bungkusan itu diperiksa pihak berkuasa dan mendapati ia mengandungi empat biji durian Siam.


“Seramai 12 pekerja mengadu loya-loya disebabkan bau durian dan menerima rawatan di tempat kejadian.




“Enam daripadanya dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” menurut polis Schweinfurt.

CNN juga melaporkan enam ambulans, lima kereta peronda dan dua kenderaan perubatan berada di tempat kejadian.

Bungkusan durian Siam itu bagaimanapun tetap dihantar ke alamat penerima.

SUMBER

No comments:

Post a Comment