Tuesday, 23 June 2020

Anwar Ibrahim tolak cadangan peralihan kuasa enam bulan

Presiden PKR menolak cadangan Pakatan Harapan agar dirinya menunggu sehingga enam bulan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara Channel News Asia berkata, cara itu akan membebankan negara kerana dasar dan keputusan kabinet akan berubah-ubah.

“Anda ada enam bulan jika anda tidak mampu tumpu pada perubahan dan ekonomi,” katanya.


Ditanya sama ada beliau sedia mempertimbangkan untuk menjadi timbalan perdana menteri, ahli parlimen Port Dickson itu berkata Dr Mahathir sudah memerintah sebanyak dua kali.


Katanya Malaysia perlu maju ke hadapan dan layak menerima sesuatu yang “lebih baik” selepas dikecewakan dengan politik negara.




“Ini bukan soal personaliti tetapi soal peluang untuk permulaan baru,” katanya.

Beliau mencadangkan jawatan baru ‘menteri mentor’ dibentuk untuk Dr Mahathir, sama seperti di Singapura ketika Lee Kuan Yew berundur.

Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP sebelum ini menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-10 tetapi menetapkan syarat perlu memberi ruang kepada Dr Mahathir memerintah selama enam bulan.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan bersama berkata kedua-dua parti itu konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri sejak 1998 dan akan terus berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment