Friday, 10 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi dari 15 -28 April 2020 - TS Muhyiddin Yassin

 Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 15 Apr hingga 28 Apr ini.

Lanjutan selama 14 hari itu diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam peruntukan khasnya petang ini.


Keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak Covid-19.

"Berdasarkan nasihat KKM dan pakar-pakar perubatan, kerajaan putuskan untuk lanjutkan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April," katanya.

Menurut Muhyiddin, pelanjutan tempoh PKP itu adalah untuk memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain mengelakkan penularan semula wabak berkenaan.




PKP bermula pada 18 Mac untuk meratakan keluk jangkitan Covid-19 dan disambung sehingga 14 April.

Beberapa kawasan diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan angka kes yang tinggi.

Katanya, keputusan itu selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya ia tidak ditamatkan terlalu awal.

“Beberapa negara lain meningkat semula apabila PKP tamat,” katanya.





No comments:

Post a Comment