Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji tindakan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang memohon maaf kerana menyebar berita palsu kononnya wujud keadaan tidak terkawal di Tambak Johor.
Najib turut berharap Fuziah tidak mengulangi kesilapan sama selain meminta wakil rakyat PKR itu memohon maaf berhubung sebuah video yang pernah dilakonkan bertujuan menyindir operasi pemprosesan loji nadir bumi Lynas di Kuantan.
“Ahli Parlimen Kuantan sudah mohon maaf setelah dia sebarkan video fitnah dan mencetuskan panik. Baiklah tu. Sudah taubat. Jangan ulang, ya?
“Sekarang kita tunggu dia mohon maaf juga untuk video masak-masak mutan radioaktif dia,” kata Najib di Facebook.
Terdahulu, Fuziah memohon maaf selepas mendakwa berlaku keadaan luar kawalan di Tambak Johor menerusi akaun Facebook miliknya.
Bagaimanapun, tuduhan dinafikan pihak polis yang menerangkan bahawa insiden itu berlaku pada tahun lalu.

No comments:
Post a Comment