Saturday, 14 March 2020

Anak Pemimpin kanan parti politik ditahan di lapangan terbang Singapura bersama wang berjumlah RM8.5 juta.

Seorang anak lelaki kepada pemimpin kanan sebuah parti politik di negara ini dilaporkan ditahan di lapangan terbang Singapura bersama wang berjumlah RM8.5 juta.

Menurut Nanyang Commercial Daily, lelaki itu ditahan kerana tidak mengisytiharkan wang dalam jumlah besar yang dibawanya itu.

Difahamkan, jumlah transit yang dibawa lelaki itu sebanyak RM8.5 juta, tetapi tidak diisytiharkan melalui saluran biasa.



Dilaporkan seorang lelaki berpangkat ‘Tan Sri ’ turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurut laporan sama, pemimpin kanan dari salah sebuah parti politik itu telah pergi ke Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber turut memaklumkan individu yang terlibat dalam kes itu dijangka dibawa ke mahkamah untuk proses perbicaraan dalam masa terdekat.

SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment