Friday, 17 January 2020
Wanita telanjang bulat dalam lapangan terbang
Kecoh jadinya apabila seorang wanita tampil berbogel di Lapangan Terbang Antarabangsa Florida, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Daily Star, terdapat sebuah rakaman video menunjukkan wanita berkenaan berjalan di dalam kawasan lapangan terbang dengan bertelanjang bulat selepas menanggalkan pakaian dalamnya.
Kejadian berlaku di lapangan terbang di Florida itu pada tengah malam 13 Januari lalu.
Menerusi klip yang tersebar di Twitter itu, menunjukkan wanita yang tidak diketahui namanya berjalan di kawasan 'baggage'.
Bagaikan dirasuk, dia mula berbogel di hadapan para penumpang lain dan turut kedengaran menyanyi.
"Dia tak betul tu," kata seorang saksi kejadian yang dapat didengari menerusi rakaman itu.
Pihak polis berkata wanita berkenaan menunjukkan tanda-tanda 'ekstrem paranoia' dan dalam keadaan khayal.
Para warganet turut tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada wanita berkenaan.
Difahamkan wanita itu sudah ditahan dan ujian mental dijalankan ke atasn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment