Tuesday, 31 December 2019

Wanita Berak Tepi Lebuh Raya Johor-Singapura Ketika Trafik Sesak



Tular sebuah video di Facebook baru-baru ini menunjukkan seorang wanita sedang mencangkung di tepi lebuh raya membuang air besar.

Menurut laporan Oriental Daily, insiden mengejutkan ini dipercayai berlaku di Tambak Johor-Singapura ketika pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Dalam klip tersebut, seorang lelaki juga dilihat duduk mencangkung di sebelah wanita itu, dipercayai cuba melindunginya daripada dilihat pengguna yang lalu-lalang tetapi 'pemandangan' menyakitkan mata itu masih dapat dilihat dengan jelas.


Lelaki itu juga dilihat memegang pinggang wanita berkenaan ketika menemani wanita itu buang air besar, bukannya melindunginya, sekurang-kurangnya dengan kain atau sehelai baju.

Semasa video itu dirakam dari dalam kereta, kedengaran suara terkejut berkata 'Oh My God'.

Bagaimanapun posting video itu di Facebook telah dipadam, tetapi ia telah tersebar melalui WhatsApp dan di Twitter.

Ada netizen berkata bahawa tempat dia 'membuang' itu sebenarnya berhampiran dengan lokasi pemeriksaan imigresen dan dia boleh berjalan kaki ke bangunan itu untuk melepaskan hajat.

No comments:

Post a Comment