Irna berkata kapal itu membawa hampir 1,312,000 liter minyak. Laporan itu tidak menyatakan bendera yang dikibarkan kapal itu. Iran sering merampas kapal yang menurutnya digunakan untuk menyeludup minyak di Teluk Parsi.
“Seramai 16 kru kapal warganegara Malaysia telah ditahan,” kata komander laut unit itu bagi rantau berkenaan, Brig Jen Ali Ozmayi yang dipetik AFP.
Iran berkata kapal tersebut merupakan kapal keenam dirampas pihaknya kerana disyaki menyeludup bahan api.
Iklan
Berdasarkan laporan AFP, pada September lalu Iran juga merampas sebuah bot bersama 12 kru warganegara Filipina kerana disyaki melakukan penyeludupan.
Dua lagi kes serupa turut berlaku pada Julai lalu.
Sementara itu Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, berkata setakat ini beberapa maklumat baru sudah diperolehi kerajaan namun ia masih perlukan pengesahan.
Katanya, identiti rakyat Malaysia yang ditahan Iran itu belum dikenal pasti.
"Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan Wisma Putra nanti,” katanya.

No comments:
Post a Comment